Monday, December 16, 2013

salam sejahtera sehangat membara pelukan kambing biri-biri.

haha.

setelah sekian lama keras beku kepala tiada idea, akhirnya muncul kembali.

wow! terlalu lama tidak mem-blog, aku ternyata kekok menaip. arakian kisah terlalu lama. adoi!

namun banyak telah berlaku. banyak. teramat banyak dan langsung aku rasa aku tidak mampu melawak seperti dahulu. umur semakin meningkat, tekanan semakin bertambah. memotivasi diri aku sendiri lagi aku berat, inikan yang lain. namun aku tetap mencuba. haha. bukankah hidup ini seharusnya indah?

oh ya. dahulu aku cuma pencacai lesen peguam bukan? kini aku dah rasmi menjadi salah seorang peguam di Sarawak. roll number 1223. aku kini peguam yang ke-1223 di Sarawak. successfully enrolled as an advocate in the high court of sabah and Sarawak, in Sarawak!

haha.

dulu cikgu kata aku tiada harapan, perangai macam samseng, terlalu mengikuti emosi amarah, tidak kenal erti kelembutan..... digantung sekolah, dibuang asrama, diharamkan jejak kaki ke asrama atas alasan mempengaruhi pelajar-pelajar lain jadi mafia(ber geng-geng), bertumbuk dari zaman sekolah sampai ke zaman uni, dibuang dari kelab ragbi, dibuang dari persatuan silat. semuanya memalukan dan tiada membanggakan. tapi manusia jua berubah bukan? aku jua manusia, aku jua jauh dalam hati lembut sebenarnya. dulu nakal, tapi masih mampu menjadi baik sebenarnya.

haha!

 asalkan diri sendiri mahu berubah, diri pasti berubah!. i may not be the best of the best, but i have proven myself not to be a sore loser. tapi jalannya masih jauh. perjalanan masih belum tamat, bahkan baru bermula. amat jauh sebenarnya. semoga Allah S.W.T memberkati kita semua. k bye!


aku bersama presiden persatuan peguam Sarawak.







antara sahabat, yang ini selalu ada..susah atau senang. terima kasih kerna hadir!



senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!



p.s- i love you.