Monday, March 19, 2012

i love lundu




Salam persahabatan dariku

minggu lepas dan minggu sebelumnya aku bertandang ke Lundu, Sarawak. jauhnya sejam kurang lebih perjalanan dari rumahku di Kuching. kalian pasti ingin tahu kenapa aku fokus pada Lundu bukan? andai kalian berkunjung ke Lundu pasti kalian akan mengeluh Pekan Lundu yang masih kekampungan dibanding Kuala Lumpur atau Bandaraya lain di seluruh Malaysia. tapi aku tidak mahu menyentuh isu politik hatta pemandangan sekalipun. Lundu biasa biasa sahaja. kalau mahu ke pantai silalah berlari ke Sematan. tapi yang aku cintakan tentang Lundu ini adalah orang-orangnya atau penduduknya. bukan aku cintakan orang Lundu okeyhhh! org aku cintakan nun jauh di sana sedang demam merinduiku. aku harap cintaku sihat selalu.

anak saudaraku. comel!

sepupuku bang Awg. Roslan gembira di hari RAJA sehari beliau! hehehe

di atas ada sekeping dua gambar ku ambil di Lundu. macam aku katakan, aku tidak mahu komen pasal pemandangan Lundu sebab tempatnya cantik tenang bisa-biasa sahaja.

namun, yang buat aku jatuh cinta pada Lundu adalah kerana penduduk Lundu ini bahasanya lemah lembut. butir-butir kata mereka sama seperti orang Kuching tapi aku boleh katakan alunan pertuturan mereka amat lembut. budi bahasa budaya kita bukan? hahaha.. bukan sekadar budi, kebanyakan orang Lundu aku lihat penyabar dan mereka menyambut tetamu umpama Rasulullah S.A.W menyambut tetamu. mengikut sunnah benar mereka ini. mereka tidak akan membiar tetamu duduk di lantai. bayangkan aku yang muka tak tahu malu almaklum da terbiasa, aku datang duduk d lantai, ditariknya aku duduk di atas sofa dan dia sendiri duduk di atas lantai enggan membiarkan aku duduk di atas lantai. katanya "tetamu patut dimuliakan". i was like what tha? org datang umah aku, sukati mereka lah mau duduk mana asalkan selesa. ternyata aku tidak beradab! hahahaha. Dan juga bila tetamu hadir di rumah, mereka menghidangkan makanan terbaik mereka. aku juga orang kampung. aku tahu mana makanan terbaik d rumah. bila mereka hidangkan ikan, udang besar-besar yang manis-manis segar belaka, padahal mereka ada yang menjual segala ini. sudahlah dihidangkan makanan, mereka bekalkan lagi kami dengan kuih muih, manisan dan segala barangan padi huma sebagainya buat kami. ya Allah malunya aku bila disuakan dengan adab budi pekerti semulia begini. Kuching da semakin menjadi barat dengan kemajuan apa bagai, orang Kuching pun kebanyakan da jadi seperti mat salleh termasuk aku. aku kalau ada kawan di rumah, aku hidangkan minuman manisan dan goreng mee sahaja. andai raya menjengah tiba barulah aku hidangkan dan masakkan yang istimewa. mereka di Lundu tidak cukup dengan pertuturan lembut mereka, adab mereka benar-benar mengikut sunnah dalam menyambut tetamu.

orang orang muda Lundu yang banyak berhijrah ke Kuching dan bila aku jumpa di Lundu mereka jua dah berubah jadi Kuching. hahahahahaha..... hadui! aku harap penduduk Lundu yang melayu masih berpegang kuat dengan cara adab budi pekerti lemah lembut mereka. oh! bila aku solat zuhur d surau mereka, penuh beb! di sini aura Islamik masih menebal. apapun, kuih tanggak Lundu memang sedappp! nyemsss kohh! hahahaha. andai aku stress teramat sangat, aku tahu selain dari pantai di rumahku LUNDU adalah destinasiku menanangkan diri dengan penduduknya dan adegan memancing di sungainya! yeah man! chow lok!

p.s- I will always Love You!

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

No comments:

Post a Comment