Monday, March 19, 2012

i love lundu




Salam persahabatan dariku

minggu lepas dan minggu sebelumnya aku bertandang ke Lundu, Sarawak. jauhnya sejam kurang lebih perjalanan dari rumahku di Kuching. kalian pasti ingin tahu kenapa aku fokus pada Lundu bukan? andai kalian berkunjung ke Lundu pasti kalian akan mengeluh Pekan Lundu yang masih kekampungan dibanding Kuala Lumpur atau Bandaraya lain di seluruh Malaysia. tapi aku tidak mahu menyentuh isu politik hatta pemandangan sekalipun. Lundu biasa biasa sahaja. kalau mahu ke pantai silalah berlari ke Sematan. tapi yang aku cintakan tentang Lundu ini adalah orang-orangnya atau penduduknya. bukan aku cintakan orang Lundu okeyhhh! org aku cintakan nun jauh di sana sedang demam merinduiku. aku harap cintaku sihat selalu.

anak saudaraku. comel!

sepupuku bang Awg. Roslan gembira di hari RAJA sehari beliau! hehehe

di atas ada sekeping dua gambar ku ambil di Lundu. macam aku katakan, aku tidak mahu komen pasal pemandangan Lundu sebab tempatnya cantik tenang bisa-biasa sahaja.

namun, yang buat aku jatuh cinta pada Lundu adalah kerana penduduk Lundu ini bahasanya lemah lembut. butir-butir kata mereka sama seperti orang Kuching tapi aku boleh katakan alunan pertuturan mereka amat lembut. budi bahasa budaya kita bukan? hahaha.. bukan sekadar budi, kebanyakan orang Lundu aku lihat penyabar dan mereka menyambut tetamu umpama Rasulullah S.A.W menyambut tetamu. mengikut sunnah benar mereka ini. mereka tidak akan membiar tetamu duduk di lantai. bayangkan aku yang muka tak tahu malu almaklum da terbiasa, aku datang duduk d lantai, ditariknya aku duduk di atas sofa dan dia sendiri duduk di atas lantai enggan membiarkan aku duduk di atas lantai. katanya "tetamu patut dimuliakan". i was like what tha? org datang umah aku, sukati mereka lah mau duduk mana asalkan selesa. ternyata aku tidak beradab! hahahaha. Dan juga bila tetamu hadir di rumah, mereka menghidangkan makanan terbaik mereka. aku juga orang kampung. aku tahu mana makanan terbaik d rumah. bila mereka hidangkan ikan, udang besar-besar yang manis-manis segar belaka, padahal mereka ada yang menjual segala ini. sudahlah dihidangkan makanan, mereka bekalkan lagi kami dengan kuih muih, manisan dan segala barangan padi huma sebagainya buat kami. ya Allah malunya aku bila disuakan dengan adab budi pekerti semulia begini. Kuching da semakin menjadi barat dengan kemajuan apa bagai, orang Kuching pun kebanyakan da jadi seperti mat salleh termasuk aku. aku kalau ada kawan di rumah, aku hidangkan minuman manisan dan goreng mee sahaja. andai raya menjengah tiba barulah aku hidangkan dan masakkan yang istimewa. mereka di Lundu tidak cukup dengan pertuturan lembut mereka, adab mereka benar-benar mengikut sunnah dalam menyambut tetamu.

orang orang muda Lundu yang banyak berhijrah ke Kuching dan bila aku jumpa di Lundu mereka jua dah berubah jadi Kuching. hahahahahaha..... hadui! aku harap penduduk Lundu yang melayu masih berpegang kuat dengan cara adab budi pekerti lemah lembut mereka. oh! bila aku solat zuhur d surau mereka, penuh beb! di sini aura Islamik masih menebal. apapun, kuih tanggak Lundu memang sedappp! nyemsss kohh! hahahaha. andai aku stress teramat sangat, aku tahu selain dari pantai di rumahku LUNDU adalah destinasiku menanangkan diri dengan penduduknya dan adegan memancing di sungainya! yeah man! chow lok!

p.s- I will always Love You!

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Monday, March 12, 2012

aku juga berperasaan?

salam suam2 air suam!


saat di pantai hujung minggu amat menakjubkan. hampir2 aku mati bila bot yang menarik banana-boat lalu di tepi aku. salahkah aku m ahu berenang ke pulau kera? pantai dan laut kan milik kerajaan MALAYSIA? maka aku juga berhak berenang di laut itu. hahahahahahaha....

shooter terhensem!

fly away!!

aku tak tahu, cuma aku rasa tenang bila merenung!

posing suk suk eh! haha

apapun aku sebenarnya malu dan terkilan dengan diriku sendiri apabila aku gagal menyambut hari lahir yang tersayang walaupun sudah 8tahun kami saling berkenalan bersama timbul tenggelam. chewahh.... jiwangnya kau tenuk! hahahahaha.... tidak apa, biar ku impan dan ku lepaskan bila berkemampuan kelak. SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.

p.s- i LOVE u

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Thursday, March 1, 2012

semuanya boleh jadi indah, hanya kau yg menyusahkan diri!

salam oi! mari salam besalaman agar tersalam yang tidak bersalam dan tidak disalam.

chambering aku bermula dengan relax dan kini dah mula sibuk. yang lucu aku terkial-kial menyesuaikan diri dengan suasana politik ofis dan kerenah ofis yang sudah aku tinggalkan lebih 4tahun. haha. akhirnya dalam masa dua hari aku bisa jua. bukan sekadar bisa malah makin berbisa. oh, yang di ofis tidak tahu yang aku pernah bekerja d LHDN suatu masa dulu. haha. Alhamdulillah aku dapat biasakan lagi diri spt dulu. senyap2 d ofis sudeyyyyyyy bak kata geng lepehku.

aku sebenarnya menunggu rekrut SPRM yang belum dibuka dan seolah tidak kunjung tiba. sementara itu biarlah aku habiskan masa chambering agar yang terelak situasi yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran. hidup ini indah, andai kita redha dan cuba memahami maksud di sebalik maksud segala kejadian berlaku ke atas kita. yup, sekurang-kurangnya aku dekat dengan ibuku buat masa ini. ahhh! rindunya bermanja bawah ketiak ibuku selalu. haha! angan2 belaka bilamana aku di rumah aku bermanja dgn mengurut kaki ibuku. dari kecik ke besar aku da jadi tukang urut refleksologi ibuku, rasanya da layak aku buka kedai urut. lawan kedai urut pakcik buta d brickfield!!

kini aku rapat kembali dengan adik-adikku, sahabat2 kumpulan lanuncinta daratku dan saudara2 aku d kampung. chambering tidak bergaji cuma berelaun but who cares? im near to home, there's always busses and sweep-van to pick me up when im broke in the near-end of the month! hahahahaahahahahahaha.... positivity is a must in situations like mine. aku hendak kumpul duit agar pinky ku yang tercinta mampu ku tambah rim sport baru dan speaker baru. kahwin? semoga dia setia menunggu jejaka seprti aku yang kacak ini(pui! ludah diri sendiri).

yang penting kalian semua harus biasakan diri untuk melihat kebaikan dalam apa jua kejadian, bukan itu yang dituntut dalam Islam? nah dekatkanlah diri kau pada Pencipta mu maka DIA akan dekat pada kau.

p.s- i love u

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Saturday, February 25, 2012

aku suka lagu ini!

salam suram segar hujan pagi tatkala mentari segan menyapa diri!

sementelah aku mendengar lagu Adele yakni perempuan gebu dari u.k ini aku yakin lagu ini yang paling aku suka dibanding dengan lagu-lagu meletup atas carta oleh beliau. hehe.

nikmatilah senikata dari lagu tersebut! hehe

-Rumour has it-

she, she aint real,
she aint gonna be able to love you like i will,
she, she is a stranger, you and i have history or dont you remember?
sure, shes got it all,
but baby is that what you really want?

bless your soul, you got your in the clouds,
you made a fool out of you, and boy shes bringing you down,
she made your heart melt, but you're cold to the core,
now rumour has it she aint got love for you anymore.

rumour has it, rumour has it, rumour has it!

she's half your age, but im guessin' that's why you stayed,
i heard you've been missin' me, you've been tellin' people things you shouldnt' be,
like when we creep out and she aint around.
havent' you heard the rumours

bless your soul, you got your in the clouds,
you made a fool out of me, and baby you're bringing me down,
you made my heart melt, but i'm cold to the core,
rumour has it that im the one you leavin' her for!

rumour has it, rumour has it, rumour has it!

oohhh all of this words whispered to my ear,
tell a story that i cant bear to hear,
just cause i say it does'nt mean i meant it, people say crazy things.

just cause i say it does'nt mean i meant it,
just cause you heard it....

rumour has it, rumour has it, rumour has it!

rumour has it that he's the one im leavin' you for..

-this song was sang by adele-

yeah man, damn rite this songs is for you somewhere out there. hahahahaha. i mean, basically you got back what you give 'aite? even ho life's a bitch for us, stop just bitchin' bout it and go forward do somethin bout it.

hahaha..... agak kurang gemar aku menulis dalam bahasa english sout-american style... sebab guruku dan ibuku tidak gemar mendengar dan membaca gaya tulisan sebgitu kerana kata mereka, aku kasar dan sangat kasar berbahasa sebegitu. haha. apapun aku suka tahap tapir lagu ini. lebih dari lagu "someone like you" dan "set fire to the rain". oh "rolling deep " juga sedap didengar. yeah man! hahahahaha


p.s- you know that i always love you!

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Sunday, February 19, 2012

tiada buah..... fikiran






Salam suam-suam kuku sesedap rasa.

hehehehe...nampaknya bukan senang mahu sembuh dari gejala ketandusan idea ini. puas sudah aku merenung masa depan tak kira di atas mangkuk tandas, bawah jambatan mahupun di atas udara. lalu apong taik kata org SARAWAK.

teringat kisah sahabat, tatkala serabut cinta. padahal banyak benda harus dibuat dan diteruskan. wahai sahabat, apa kau mahu risaukan sangat. hidup harus diteruskan. terokailah segala peluang dan aspek yg baek dalam hidupmu sahabat. yang penting halal di jln Allah. jangan tergesa mengejar wang dan harta segala glamour dunia sampai maruah tergadai, Allah pula murka dengan kau.

si coi sahabat baek ku penah berkata tatkala kami melepak di tepi parit ala2 tenuk dan tapir rasa stail, "hidup memang kene terus gak kedepan beb. kalu stop sini senak gua beb". sebelom itu layanlah dulu perbualan kami.... haha

si coi:weh jedi, cane ko leh idup tanpa awek slama ni?
aku: bongok, sumpah ni tak releven
si coi: ko gay?
aku: bodos nye air parit ni. ko apehal ni?
si coi: aku x penah nampak ko ngan awek pon. sume pompuan ko wat cam member je...
aku: penting sgt ke cinte weh? idup tak jalan ke takde cinte?
si coi: takdela, kite kan mude kene rase la cinte dak?
aku: hak'elah..... lek ah.... ko ingat ade ke awek nak org mcm kte ni yg blaja kat u tp suke dok berasap borak tepi parit ni?
si coi: itu engko.... aku jalan je. byk awek nak.

hahahaha..... si coi ini kalian jangan salah sangka, beliau memang tenuk yang menyakitkan jiwa dan raga. namun percayalah kata2 tenuk tersebut banyak memberi ilham buat aku dalam memotivasikan zebra, panda dan makhluk2 di zoo negara. malangnya aku jauh dari si coi kini. sob2!

posing beb!

oh! saat d kuching memang sangat berharga. lagi2 saat menyaksikan perlawanan bola di stadium! ohsemmmmmmmm! hahaha..... almaklum di kuching aku bersendirian kesepian tanpa kehadiran bakal isteriku yang berada nun jauh di sana. tidak mengapa. aku mampu lagi bersabar. aku yakin pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian.. hanya DIA yang maha berkuasa lagi maha mengetahui, hanya Allah hu Rabbi..

kotan semangat abis, bendera terbalit sik perasan. hahaha

oh, aku dah botak! akhirnya aku langsaikan nazarku dengan mencukur kepala dan puasa 2 hari. alhamduliLLAH..... mampu juga aku langsaikan nazarku. risau tidak berkesempatan pula. hahahaha...


.
mr.305.... worldwide! yo dallehh! haha

akhir kata dari saya, jahat macamana kita sekalipun, jangan halang orang lain buat baik. hahaha

p.s.- i love you

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Tuesday, January 31, 2012

azam?

sebelom insiden spek aku patah dan aku tpaksa bgantung dgn contact lense.. haha


rambut baru ala-ala the last samurai! hahahaha


tersengih2 mlayan cinta? hehe


salam sehangat api membara!

sana sini org berbincang pasal azam baru itu ini..... oh, aku dah back-date atau belakangkan tarikh..... hahahaha...

wahai tenuk-tenuk dan zebra-zebra sekalian... bukan niatku tidak mengikut aliran masa. cuma aku telah menyambut tahun baruku tatkala masuk maghrib saat hijrah baru muncul tiba. andai kaum cina bangga dengan sambutan tahun baru kalendar lunar mereka, apalah salah nya aku meriahkan sambutan tahun baru kalendar hijrah? hehehehe...

apapun aku redha dgn sgala apa yg telah berlaku dan aku menerima apa yang baru dgn tgn terbuka. kerna takkan ada satu tanggungan ke atas sesuatu kaum itu melainkan apa mampu mereka tanggung. Allah maha mengetahui lagi maha pemurah dan maha penyayang.... alhamdulillah aku da grad. terkejut aku dgn result aku yg cemerlang. benarlah rezeki allah beri tidak siapa tahu. syukran ya RABB! jazakallah.... barakah rahmah maghfirah kwn2 seperjuangan....

p.s- i always love u!

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

akhirnya? apakahh?

melepak d kpg putin.... bagey la.... hahahaha



mcm biasa, tradisi keluarga harus diteruskan! hahaha


me and my brothers! hahahaha

ya ampun, dah lebih 8bulan aku tak menulis apa langsung... gila!

nah gambar raya! hehehehehe

september 2011! bulan yg penuh makna dan penuh erti.... terbukti aku memang hardcore dan metalistic! hahahaha....



senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!