Sunday, September 12, 2010

saya pemalas, slamat menyambut jalur lebar dan menghub halal.

Tajuk yang tidak masuk akal. terima kasih bersetuju.

salam lebaran(bunyi spt jalur lebar dan jalur gemilang). Apapun ingin kuhulurkan salam SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1431 buat muslimin muslimah, sahabat handai dan penghuni zoo.

tiada entri menarik untuk blog keparaH ini. semakin hari semakin menebal dan menyebal rasa malasku mahu menulis. aku salahkan apa saja mampu ku tuding. bukan aku malas. situasi yang memaksa aku jadi begini.

Apapun aku tetap seronok menyambut eidul Fitr ini bersama keluarga, insan tersayang dan sahabat2ku. antara yang menarik ilah apabila melayan anak2 saudaraku. mereka ini memang berolah, nakal yang boleh membuat kalian muntah diteruskan dgn muntah angin dan muntah apa saja mampu dmuntah kerna cuba mengawal kerenah mereka. mahu tips? senang. layan mereka. cuma cara melayan patut kena dgn tema. haha

ini berdasarkan pengalamnku menjaga kanak2 sejak dari aku kanak2 lg(hebat kan?). bukan senang mdpt pengalaman mjaga 3 adik lelaki dan lebih 5 spupu dan anak saudara. bukan skil menukar lampin bertaik 1kg saja draih... tapi, pengalaman melayan kerenah mereka yg mghiburkan hati di hari raya. aku pula penyakat dan suka melayan mereka ikut cara aku. mana tidak mereka sopan dihadapanku, siap digelar megat komeng oleh sepupuku dan digelar general misai oleh sang kecil(padahal aku tiada misai! aneh!) hahaha

tips 1:
kalau si kecil merengek melampau2 sampai mengamuk, tanya apa mereka mahu. jgn rembat budak, halus lembut tulang mereka. cedera mereka, sapa sakit? anda juga. ajar mereka cara betol. jangan diberi semua mereka mahu. pastikan mereka faham konsep hukuman dan ganjaran.

tips 2:
si kecil menangis2 tanpa henti. jgn menjerit dahulu. kalau d rumah tanpa tontonan ramai, biar si kecil penat menangis dan berhenti sendiri. kalau anda manjakan mereka dengan segala kemewahan dunia bila mereka menangis, mereka akan terbiasa yang mereka akan dapat apa mereka mahu dengan air mata. tegas dan pastikan si kecil faham yang anda tegas.

tips 3:
jangan sesekali buat anak anda takutkan anda. pastikan mereka hormat anda. takut dan hormat adalah dua benda yg jauh berbeza walaupun kesannya sama iaitu ketaatan. haha. bagaimana? anda akan tahu sendiri

tips 4:
kekerasan hanya sesuai untuk mereka yang berumur 10tahun ke atas. harap maklum. haha

tips 5:
kalau ada si kecil yang istimewa spt hyper, super hyper atau syndrom, satu saja tips. SABAR. jangan risau, mereka ini la jaminan anda ke syurga. mereka lah bon syurga anda.


aku tertekan terpaksa kembali ke uia terlalu awal. ahhh!! aku masih mahu beraya! apapun kalian, SELAMAT MENYAMBUT EIDULFITR!! selamat uols! hahahaha



trip kedua: abu, mijie,k-rol n bini?, odeng, polis romzi, dgn sorg gik hamba Allah kwn baru aku... haha


trip pertama yg terawal: pais, akim, pijul,piee n fit


sidak trip keduak makan mena.. ya ku suka!


trip ketiga: tini, misnah n geng


p.s-gambar2 aku dan kawan2 kerasku. masih banyak belum dijarahku/diziarahku lg raya itu. maaf kawan2!maaf zahir batin~


senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!