Thursday, July 29, 2010

shakti-ness!




salam permulaan sehangat api psahabatan kita!

aku terlalu malas mahu menulis kerna hidupku agak sibuk dengan pelbagai aktiviti menyihat minda dan badan.

didahulukan nyenyehan aku ini dengan ucapan tahniah buat sepupuku merangkap abg susuan aku, Awang Muhammad Hanifa B. Awg Hasmadi. tahniah dan syukur alhamdulillah selesai sudah majlis pnikahan dan persandingan kamu! aku doakan kau bahagia dan kekal bsama isteri kau sampai ke akhir hayat sehendakNya.

mari mulakan nukilanku ini.

aku tertanggal bulu perut tertawa lucu melayan kerenah tenuk2 yg suka menyampaikan kata yang aku fahami kesayuannya tapi jika aku terjahkan tenuk2 ini, mereka pula akan menyesali luahan mereka. mari kita bermotivasikan diri!

situasi tenuk kacukan jowo:
"aku tak dapat idup cani kesunyian sgt dowhh"

kata hikmat aku:
sahabatku syg, ko sedar tak kita dilahirkan ke dunia ni sorg. kita mati juga sorg. ditakdirkan kita akan merasai kesunyian kesepian di dunia ni. bersyukurla ko ada aku yg mengutuk2 ko depan tanpa belas kasihan dan adanya aku yg hati tebal sebal penutup botol yang tak lari walaupun ko gelar aku giant dan barbaric. terciptanya kita memang dalam kaum2 tapi masyarakat hanya ujian membuktikan kita mampu bergaul elok dan layak ke penutupan yang elok. paham? dalami lah ye. aku nak sap okok lu!

tenuk kacukan cina burma:
ini aku terjemahkan dari bahasa melayu sarawak ke bahasa melayu baku
"aku rasa malang sangat tak ada kekasih(makwe)"

kata hikmat aku:
kekasih ati ko penting sangat untuk kau ka? makbapak ko tak beri makan lagi, ko nak menyibuk tertekan tiada kekasih. aku takkan nafikan hak engkau bercinta tapi sedarkah kau bahawa banyak lagi tanggungjawab yang belum kau penuhi? cubalah kau bersikap positif. tanpa cintan cintun belum bermaksud kau tidak sempurna hidup. tiada makhluk dicipta sempurna, masakan lagi hidupnya. kau bukan hodoh(sangat), kau bukan bodoh(bertingkat)... bukan kau tiada jodoh, hanya belum sampai jodoh. ada paham?

zebra kuning hijau:

"aku tak layak nak mohon kerja bagus"

kata hikmat aku:
aik? ko belum cuba dah mengalah? bukan kau tiada kelayakan. kau penakut. bukan berisiko bankrap atau hilang maruah pun. kalau kau beralah sebelum mencuba, kau hanya kekal di sana terkebil-kebil besar kemaluan. tanamkan semangat waja dalam hati kau. jangan jadi bermasalah macam enjin kereta proton waja umo 10 tahun. adoiyai!!!


banyak lagi mahu ku tulis tapi masa mencemburui aku.

sekian!

jangan marah bila membaca ya! hehe




aku di majlis ompi~



aku bersama lanun-lanun hensem! haha

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Monday, July 5, 2010

nukilanku?

salam sesuam kuku selesa hati merasa.

arakian dicereterakan walkisahnya aku telah dihadiahkan nukilanku sendiri oleh kawanku.

peringatan penting buat yang pernah dimotovasikan oleh aku, kata2 aku adalah hadiah buat kalian. jika namanya hadiah diniatkan oleh aku sebagai hadiah untuk kalian wahai tenuk dan tapir2,maka tolong simpankan, hargai kann lah dan kenangkanlah agar kekal di jalan yang ku hamparkan buat kalian. jangan hadiahkan kembali buatku kerna aku akan bernanah siku nanti. aku tak mahu digelar si buruk siku atau sepatutnya si siku buruk. haha

walhal walaupun sebegitu, ingin jua aku kongsi sedikit ayat motivasi yang mungkin agak lucah atau lelucon termasuk menarik sedikit....

:: hidup ini macam situasi berak. sakit kalau tidak dilepas, busuk kalau kentut-kentut tapi jika telah berak pasti aman rasa perut. hidup jua begitu, pedih perit macam mana pun, harus diteruskan. kadang-kadang susah mahu dibuat, payah mahu dilaksanakan tapi yakinlah kalian pasti melaluinya. bahkan dalam kitab suci ada dipetik bahawa, tiada beban diberikan kepada insan itu melainkan yang mampu ditanggungnya. yakinlah, mengeluh lah kalau itu kalian yakin mengeluh itu mampu ringankan beban tapi pastikan bahawa kalian lakukan dan teruskan kehidupan. yakin dalam setiap perjuangan baik kalian, segala kebaikan kalian lakukan pasti indah hasilnya. buka lah mata. terjahlah pintu hati kalian. hahaha.... sayang sungguh aku pada tenuk2 yg mbaca.... hehe



oh.... tiada kena mengena, tapi pantai santubong memang cantik walaupun terserempak tenuk zaman pra dinosor. hahaha... uhhhh!!! indahnya cuti!! haha

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!