Sunday, June 27, 2010

Zulhamizzudin jedi series of unfortunate events

salam senyuman membara sehangat pelukan beruang kutub.

aku selamat sampai sudah di Kuching terchenta setelah sekian lama tidak kembali menjenguk. bukan salahku, tetapi salah objek bernama duit. wahai duit, anda mmg dengki kerna tidak mahu rapat2 dgn sy. haha

alkisah aku dalam perjalanan ke lcct itu agak rumit jua. kalau omputeh sering melaung2kan black monday sambil mengibarkan panji2 berwarna hitam bercorak tengkorak puteh, agaknya itu la yg berlaku. ini hanya gurauan lelucah semata2, tiada kena mengena dgn yg akidah mahupn akhlak. padan muka aku kerna suka mengenakan org lain, maka dibalas yg Maha Esa dgn lebih teruk.

aku sepatutnya naik bas sahaja dari uia, namun kerna mahu gerak bersama2 cerap dan malan.... aku setuju dan menghasut beliau-beliau itu untuk membonceng moto ex5 sahaja. nah, situasi menarik itu sudah bermula. aku terlalu taksub mahu pulang rumah, aku tlalu riak sehingga melupakan banyak benda penting buat seketika. bila mahu mengambil satu lagi motor, tayar motor itu pancit pula. aku redha, aku redah sampai bengkel bersama malan. pakcik bodoh yg hanya mahu komen saja taknak menolong pula hampir ku terajang sambil mengunyah telinga dia. nasib baik pakcik itu tak cakap banyak bila aku melalak pada dia "hoi org tua! kalau deme taknak tlg, deme diam je bole? ni bukan bapak deme belikan untuk aku!" itulah kesan haba matahari ke atas emosiku d tengahari.

peristiwa malang tak terhenti di situ, aku hanya mengalaskan perut hebatku ini dengan megi ayam saja lalu turun ke arah motor. NAH!! prappppp! kilat guruh sabung menyabung! hujan lebat pula! aku tersedak asap melihat kebesaran ILAHI. hahaha.... lalu aku bersumpah brani depan tenuk pendek iaitu si malan, tidak kira apa keadan sekalipun aku redah jua demi untuk balik kampung! kalau salji atau hujan batu baru aku fikir dua kali. namun, aku tetap akan redah jua.

motor aku bawak itu tiada brek depan. jadi aku suruh tenuk-tenuk gerak dulu. bila aku sampai di selekoh ke hentian putra, ada sebuah kereta proton saga kebal putih memecut laju dan drift di tepi aku. aku terpaksa mengelak guna badan sekali. pembaca-pembaca sekalian, tahukah anda betapa susah mengawal sebuah motorsikal yang tiada brek depan dan bonus buat keadaan itu, hujan lebat pula. aku nak selamatkan motor itu lalu kusepak ke tangah jalan dan aku pula ala2 hero tamil sivaji melayang ala2 suparman ke tepi jalan atas tempat pejalan kaki.

aku sangat bersyukur kerna aku memakai helmet dan diketatkan, jaket penuh lengan panjang dan seluar jeans tebal termasuk boxer kelabu mahal(RM30 adalah harga boxer yg mahal buat pelajar dari famili kelas pertengahan bawah buat aku k! haha). aku melayang dan terhentak badan lalu tergelungsur atas laluan pejalan kaki itu disebabkan hujan. kepalaku terhentak dinding konkrit di sisi bahagian pejalan kaki itu.

di sini dan waktu itu termasuk kini aku bersyukur dan amat terangan bersyukur kerna aku berat 97kg dan besar.... juga aku bersyukur kerna telah bermain ragbi selama 7 tahun lebih (kini telah pencen, cuma kadang2 ada juga turun bermain dgn kwn2 sekolah lama), termasuk bersyukur kerna masih ingat dan praktikkn fizik, pernah blaja silat walaupun da lupa. semua yang disebut itu telah membantu aku menyelamatkan diri dpd mati atau koma. aku telah melayang mcm patung tapi aku smpat membalikkan badan dan aku terhentak jatuh atas laluan pejalan kaki dialaskan bahu dan lenganku. bermain ragbi telah menyebabku biasa dengan jatuh dan biasakan diriku meminimumkan kesan dijatuhkan. hasilnya? aku hanya calar kulit sahaja. tiada luka teruk atau komplikasi parah. jaket dan seluar sahaja koyak. dibandingkan dengan nyawa aku, baik aku biarkan sahaja pakaianku koyak. haha

kereta proton saga kebal itu langsung tak berhenti, pecut terus. penakut dan bacul. tahu bersalah, langsung tiada sikap prihatin. wahai pemilik kereta itu, anda memang celaka dan jahanam. semoga anda mati sengsara dan terbakar mayat anda di depan anak bini dan mak anda. semoga. semoga semua orang termasuk 45 jiran depan belakang tepi rumah anda tahu bahawa ibu anda seorang pelacur murahan yang melacurkan diri demi gula2 20sen dan semoga semua orang tahu bahawa anda anak luar nikah yang mungkin bapa anda paling mulia pun seorang penagih dadah yg mengandungkan mak anda demi mendapatkan 30sen yang mak anda tawarkan pada bapak anda kerna ketandusan keperluan seksual. kalau semua harapan saya itu terjadi, maka saya akan meludah mayat awak sambil kencing di kepala anak anda. oh, rupanya diriku ini amat membenci pemandu itu. kata2 aku diatas dipengaruhi sifat amarah dan perasan dendam lalu memaksa aku bertinda menaip diluar dugaan. harap semua pembaca jangan terlalu percaya dengan tulisan kata2 marah aku di atas ini.

apapun, kejadian malang itu masih jua tak terhenti di situ. aku terhegeh2 menarik maengangkat motorsikal hebat itu dgn cepat menilai apa kerosakan ada. hebartnya cuma mudguard sahaja patah. enjin dan bahagian lain semuanya elok. hanya calar sedikit. hatiku tebal dengan perasaan malu, itu telah menambahkan minyak pada api amarahku buat pemandu kereta saga putih itu yang amat bodoh.

aku redah lagi hujan tanpa peduli beg aku yang berat dengan air. lututku mula terasa pedih. hatiku bermonolog "pegi mampus semua, biar tak berkaki pun aku tetap akan sampai juga d lcct. kalau aku tidak sampai, lanun-lanun dan perompak2 gunung ali baba akan tak terurus dan menghantam aku nanti...."

sampai d hentian putra, aku menukar baju. toilet pula rosak. almaklum aku ini jenis teras keras(hardcore), aku dengan anggunnya menukar pakaianku di tempat meletak kereta. hanya boxer mahalku sahaja ku tidak salin. NAH! tengah aku menyalin pakaian dan hanya memakai boxer, banyak pulak akak2 kepoh lalu sambil mulut terkumat-kamit menyoksek pasal aku. ah... dunia tidak berlaku adil buat aku...

dalam LRT putra, aku dudok d sebelah amoi yang boleh tahan bau ketiaknya mungkin kerna beliau tidak mandi pagi atau terkena air hujan. namu aku yakin amoi itu berpeluh lebih hebat dari biasa kerna gemuruh duduk bersebelahan jejaka kacak seperti aku. aura ada disitu!! hahaha

di lcct aku tpaksa menunggu lama kerna penerbangan ditunda. sememangnya aku sangat malang pada isnin itu.

aku berkira, kenapa aku sangat malang. aku jenis manusia berprinsip ringkas, dimana aku percaya setiap apa berlaku padaku adalah kesan dari perbuatanku sendiri secara langsung atau tidak langsung. lalu, lampu diatas kepala aku bersinar terang sampai pecah! aku tahu apa puncanya!

1- sebelom aku memulakan perjalanan, ibuku telah menelefonku bertanya sudah dibelikan belum barang yang ibuku mahu. aku MENIPU ibuku bahawa aku sudah membelinya. aku menipu kerna takut mendengar leteran lasernya kerna memang silapku. sehina-hina insan adalah sepertiku kerna sanggup menipu ibu sendiri. padan muka aku hampir mati!

2- kata-kataku yang riak mengatakan bahawa aku akan redah semua keadaan tak kira apapun. sambil itu aku mengatakan tiada apa dan tiada siapapun-sekalipun dapat menghalangku. di sini aku terlupa sesuatu. iaitu satu ayat dalam yasin bermaksud "apa Dia mahu terjadi, akan terjadi". aku terlupa bahawa Yang Maha Kuasa dengan mudahnya menghalangku. padan muka aku kerna melupakan seketika kekuasan Maha Esa. nasib baik cuma ingatan. kalau pengajaran, mahu2 aku mati takpun lumpuh.

oleh itu, wahai tapir2, penguin dan seladangs sekalian, jangan riak walaupun kalian lebih hebat daripadaku. haha. kita semua dihujung2 keadaan hanyalah insan biasa. hanya hamba Allah yang biasa.


gambar diatas adalah gambar diambil adikku bila aku dengan yakinnya mengatakan aku ada rupa macam model di belakang itu. haha! aku masih hidup bernyawa! syukur! syukur! syukur! gambar itu bukti bahawa aku masih hidup dan menulis blog ini dengan hati hamba(humble heart). hahahaha

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!