Friday, April 30, 2010

kawal

aku maok nulis kali tok tegal duak sabab wal kisah. pertama, segal aku ditanyak sahabat bait aku yang adakah aku tok da lepeh, maka arakian lah aku madah ngannya yang aku sengaja makey ayat baku segal maok sidak nok baca tok paham. almaklum aku tok amok nyampey cerita kayangan tapir batin aku tok ke semua lapisan jenis lemak kawan2 aku yakni se-melaya. eh? semalaysia. aku pandey nok moret banyak jwak basa. mun gik nak nyebal ke slang apa jak ko mok.. tipikal lepeh, kelantan ka, utara ka. ganu jak aku sik pemandey. tapi ya la tek, basa iban aku layan sikit2 slang dak nyo aku entam jak. bidayuh sekpat tegal aku berguru sik abis. hahaha.... udah gik aku ngeco hal slang basa. nok keduak ya aku nuis kali tok basa sawak slang mlayu kuching segal aku rasa aku selesa kit nak nutor hal al-kisah nok kali tok.



aku salu disalah paham oleh orang. ada nemiak nok sama stadi aku sitok bila aku ngeluar ayat, nya suka nak madah aku pemanas sentap2 ngannya. nya silap. aku nang cara aku suka kontrol main ayat bila org ya da mulakan. aku tok sik suka nak mukak sipat sebena aku dalam bicara segal aku tauk yang ayat aku sangat pedas. bila main selak2 tambah agik mun aku kenyang pasya bonusnya miak nak nyelak aku ya kategori jengkel mcm nanah dalam bisul di burit tapir batin, nescaya akan tkupak meleleh darah la ati nya nenga kata2 aku.

aku da lejuk makey keganasan segal aku da tauk undang2 lamak da mula dari aku 15 tahun gik bila polis ngagak aku nanyak kes btumbok di skolah. aku sampey bebulak madah bukan aku molah nasib baitla aku da muang kayu dipakey aku baok biak. tambah gik umo 17 polis nahan aku tegal maok palak miak d skolah sampey kenak gantong skolah aku dolok. nasib bait kayu siling ya sik dtemu polis. nasib baitla aku bawah umo. nasib baitla semuanya aku sik kenak. minak kenak gantung dan dibuang asrama jak. haha da umo 24 tok bila di tahun aher aku selaku pelajar undang2 aku tauk bahana mun makey kekerasan. tauk ka sidak nok suka btumbok lua ya, mun disabit bukan takat kes jenayah jak, si mangsa boleh mintak claim duit tauk sik(khas dituju makey aku kedirik). tuhan masih sayang aku, sengaja dtakdirkan aku masok uia belaja undang2. dahya aku sedar yang kata2 agik berbisa dari tindakan fizikal. dahya aku menajamkan agik skil ayat kata2 aku. hahaha.. aku mulakan idup aku sebagai remaja ngan cara yg salah. dahla mak bapak aku org bait2 kuarga aku sejarah bagus2. aku da malukn sidak d umo mudak gik. dahla bebal, merik malu gik. nang zebra juak la aku tok. sama kdak menatang jak siktauk malu aku tok dolok. apapun, segala ya da lepas. aku sikkn mlupak senang2 apa aku da polah demi pastikan jalan aku betol nektok walaupun bebal. yg penting bebal giney2 pun, aku tetap sik merik malu mak bapak ngan masyarakat. apaka? maok nyadi penyampey pesan masyarakat rah hot f.m ka aku tok? mun ada fafau, aku nyadi zuzau tapi tapirku madah bgs nyadi zazau jak. hahaha!

bha, aku nak madah sambil mbal balit ke dalam palak aku, kadang2 kita siktauk apa sebenarnya ato sapa sebenanya org ya. kadang2 kta rasa nya manas tapi mungkinkah nya sbenanya mainkn ayat sampei kta jadi boneka nya? hehe. puas jwak da aku ngecorrrr~ pastok aku ngepost balit ke ejaan baku kehh! chow ngek..


aku suka mbal kohh... bukan mbal ganja. aku suka mbal makan ngan mbal sgala maklumat bguna ke dlm palak sak padat sikit. haha.. peace out yaww!



senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!

Thursday, April 29, 2010

Terjemahan?


Lepak layan lalu timbul pasal terjemahan, akan teringat subjek b.m di sekolah. tapi ada istimewanya hari ini. Aku bukan teringatkan terjemahan ayat ataupun bahasa. Tapi aku tertarik dengan terjemahan emosi, personaliti dan sebagainya.. haha


Nampak saja tiang kayu kat atas ni, org kompom la kata tu kayu. tiang segi 4 bla2. tapi sedarkah tenuk2 sekalian bahawa tiang di atas berbau belacan yakni dbina dgn kegigihan dan gelak ketawa tenuk2(aku skali la tu) sampaikan makan nasik ayam sambal belacan pun atas tiang tu. kalau diselidik, boleh dterjemah yang tiang tu lambang persahabatan dan persefahaman. bebudak yakni tenuk2 sumua yang berkerja mengalahkan nmat bangla mat indon sebab tiada gaji mahupun upah rokok tetap gigih menggigit dan mengeselkan bontot pada kayu sehingga terbentuknya segi empat tiang ni.

kita slalu nak menilai terlalu cepat. bahkan aku sendiri ala-ala sivaji cepat menilai seseorang sampaikan aku tersilap. aku terlalu mudah menilai org dan haiwan sampai aku terkena bahangnya. ada tenuk yang aku benci pada mulanya, akhirnya jadi rapat dgn aku sehingga aku menyesal pernah menilai dia sebagai orang yg aku tak patut rapat. ahhhhh..... indahnya nilai persahabatan. yang sampai tahap btumbok sampai senget hidung mcm dvd muay thai chaiya(ori k!!) last2 sampai skang kawan rapat lebih 7tahun.

4 tahun dulu ada satu cerita la tapir ni pernah story kat aku mak bapak dia tak paham siapa dia. hahaha... mak bapak dia tak paham siapa dia? mak bapak dia bukanlah penagih, kaki gam mahupun penipu skim cepat kaya. tapi mak bapak dia golongan beradab. dia ni anak bongsu, ada 6 abg dan kakak. abang kakak dia aku perhatikan bukan main lagi beradab, belum ada yg bcerai-berai muflis menipu duit orang mengikis ketiak sesiapa. mungkin ada kejadian masa kecik yang aku tak tahu lagi. arakian alkisah walsabab alasan mak bapak tak paham dia, dia buntingkan anak dara orang pastu gugurkan anak(perangai sial babi) tu. akhirnya mak bapak dia tahu lalu kahwinkan dia dgn pompuan tu. alhamdulillah syukur la dia da selamat nikah dan selamat dapat kerja menyara bini dan anak dia(latest tp dia tak gugurkan pasal tu anak halal-in wedlock). motif? aku nak kongsi pasal ni, sebab aku nak semua kawan-kawan yg mbaca sedar yang kita jangan terlalu cepat menilai sehingga kita buta. buta macam tapir yang menyalahkan mak bapak dia tak memahami dia, sampai dia dah tersilap baru dia sedar. malangnya dia hilangkan peluang seorg bayi merasa nikmat peluang untuk hidup di dunia. aku sangat emo bab menggugurkan anak sebab sejahat-jahat aku, aku tetap menyayangi dan menghormati nyawa. kita harus bijak menterjemah mesej yang nak disampaikan. jangan jadi buta macam si tapir buta. aku benci perbuatan si tapir buta itu tapi aku tetap sayang dia kerna dia kawan aku. tapir buta tu memang bodoh, dah pandai tebang, pandailah pikul! lihatlah senyuman comel sepupu aku yg kecik ni (gambar bawah). kalau lah si tapir buta itu tak gugurkan anak dia, mesti suatu masa nanti anak dia senyum secomel seindah sepupuku. kita harus BIJAK menterjemah mesej maksud intipati pesanan yang disampaikan kepada kita. kalu mak bapak kita baik, dia melarang tu ada sebabnya. org lain tak berpeluang ada mak bapak, dahagakan nasihat perhatian mak bapak, kita pulak yang nak melawan kata2 mak bapak. tapi kalau da blaku, masih tetap ada mesej dan hikmah yang kita harus kita terjemahkan iaitu jangan ulangi kesilapan yang sama!




oh, satu lagi. bahayanya tulisan, sampaikan wujud kiasan mata pena setajam mata pedang. bila membaca kita harus sedar kita tak boleh menterjemah emosi sms, tulisan seseorang kerana ianya buta. jangan marah sangat kalau org tu tulis sesuatu yg panas tapi apa kata kita tanya dia elok2. lainlah dia tahu kita sensitif bab nu tapi saja nak jentik-jentik mainkan, jadi anda ada hak untuk emo macam gajah bunting naik minyak. hahaha... sama juga buat yang menulis, jangan bergurau kalau da tahu sms awak, komen awak tu tak beremosi. tgh bengang si pembaca, mengamukla hasilnya. positif tengah ceria si pembaca, gelak ketawa la hasilnya. jangan bergurau kalau awak tak paham apa skop gurauan orang tu sebab awak akan jadi sangat menjengkelkan. contohnya ada gajah betina kemetot ni aku baik dgn dia satu masa dulu. aku tau dia sensitif tapi aku tetap baik dgn dia sebab dia staf uncle aku dan suka borak gosip. si debab ni masuk pesbuk aku dan cuba menegur aku pasal aku mengutuk foreigner. aku cakap tanpa ada niat yang aku tak peduli. dia emo terus ungkit status aku bla2... aku balas balik yang dia tak paham gurauan aku kat uia ni jadi jangan nak menyibuk. dia pula mengamuk tak tentu hala, aku naik panas la! aku sebut ayat keras penembak tepat lastik kampong yang dia tu pun kaki mengutuk tak tentu hala jangan nak mengajar menegur aku. daripada tu, dia merajuk sambil menghina aku dalam blog dia. halo, saya kata awak tak paham gurauan kami budak u ni yakni merujuk uia. awak tu debab lemau otak tahap gajah kemetot kenapa tak paham2 menuduh sy memandang rendah awak yang tak masuk u. mak aku tak masuk u la weh! aku memandang rendah org x masuk u umpama aku memandang rendah mak aku sendiri tahuUUUU! kalau awak tu otak kecik iQ rendah janganla mlepas ayat bukan2 macam melepas kentut d tangga ketika senja. inilah berlaku bila terburu2 menterjemah.. aku memang mulut lepas, memang dalam realitinya aku mulut taraf cili sambas sebab tu aku bataskan lingkungan geng borak aku, tapi kalau ko da sampai tahap memburukkan aku dpn org2, tenuk2, gajah, zebra dan harimau kacukan, ko dah mengada2 atas kebodohan ko sendiri ya ahlul debab. hahaha. aku tergelak dengan ketenukkan aku sebab mengutuk si debab tu padahal dia takkan baca pun blog aku. aku kepingin sangat dia membaca blog ni biar dia tersipu-sipu malu tahap ayam belanda. Bijaklah dalam menterjemah yakni kunci nya adalah sabar, tenang dan positif. peace out yaww!

senyumlah dan bergembiralah selagi mampu kerna senyuman kita akan buat yang lain tersenyum jua. waddup brahh!


Wednesday, April 28, 2010

selidi?


Kenapa selidi? apa maksud SELIDI? aku pun tak tahu mana asalnya selidi.. tapi terima kasih buat rumet aku pol dan kawan jawaku bobey mengetengahkan istilah silidi ni. silidi bak kata mereka bermaksud penipu(bahasa kasarnya) atau kalau ikut stail omputeh, con sama dengan conman atau movie con air. bukan aircond ya kawan2. Juga terima kasih buat mereka, aku suka dan jadi pateh (bak kata org sarawak) dengan ayat selidi ni. Perlu diingatkan bila menyebut selidi ni, bunyinya mcm ejaan: seeeeeeeeeliidi... sambil dimuncungkan mulut ala2 gigi sumbing dan gaya pekat jowo. Bunyinya sangat menyayat ati sampaikan si salah pelaku selidi itu akan terkial kial malu umpama tenuk dgaru buntotnya.Jangan tanya aku kenapa aku suka tenuk. aku memang suka tenuk sampai tahap tenuk.

Cerita pasal selidi ni, aku teringat sesi outing beli megi n telur ayam gred c bersama cerap dan ringgo. sambil carik telur d giant, si ringgo dan cerap tsipu-sipu malu melayan kerenah aku yang tak tahu malu dan tak tahu takut.. aku mula dari masuk giant melafazkan


"propaaaaaaaaa aww!"

sampailah ke bahagian telur ayam. bila aku tiba di kawasan telur ayam, aku ulang2 "propaaa aw" tu sampai aku terdiam. tau kenapa? ada dua makhluk jeling2 aku, mesti dalam ati mereka berkata betapa buroknya bapok ni(aku?). aku tersengih2 menyapa makhluk itu, "uols nak telor ka nok?". mereka tersenyum lalu memberi reaksi yang buat aku nyaris tercium mereka.. mereka kata "iols memang dahaga telor!". aku da macam amitabh bachan marahkan shah rukh khan dalam kabhi khushi kabhi gham. mereka pasti anggap aku golongan mereka padahal aku nak buat ayat tu semata-mata untuk persembahan vokal zapin d hadapan fighter dan semua tenuk2 peliharaan aku! kenapa aku tanya telur?? kenapa aku tak tanya telor ayam ka, air berus ka, mahupun ayam sekeping? adakah aku akan digilai golongan lahanat itu sampai tahap kena pukol dan dilempar batu(aku tambah jaa) di taman tasik di kuala lumpur? saat itu macam-macam la soalan muncul dalam kepala hotak aku sampaikan mereka berjalan lalu pun aku tak sedar. lepas aku ambik telur tu, aku jalan2 cari ringgo dan cerap sambil ulang2 propa aw tu. memang aku tak sedar diri. aku da jumpa ringgo tapi telah dkurniakan megi 24 bungkus sebab barisan warga dewasa( aku masih remaja yakni 19 tahun... burp!) sangat panjang membayar barang belian mereka. Aku tersengih2 sambil bayar.... hahahaha..


"proopaaaa aww!"


Aku memang nak carik pasal. pol yg ajar aku, selidi always! sememangnya hipokrasi wujud dalam stiap diri kita. sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak. hipokrasi aku adalah aku sentiasa mahu menjadi kejam tapi aku menahannya. aku ada kawan yang aku dah serapkan segala apa aku rasa sesuai sebab aku anggap dia kawan rapat aku. malangnya dia hanya tipikal manusia yang hipokrasi dan menjadi hamba awek2. kini manusia ini cuba berlagak yang dia lah laki sejati. aku hanya mampu kata, awak tu kalau masih hati bapok, tunduk jadi hamba perempuan, x payah nak kenakan aku. sangat menjengkelkan umpama nanah dalam bisul. hahaha... apapun aku tetap sayang kawan2, aku tetap takkan marahkan dia walaupun banyak dah taik dia taburkan ke atas aku. jengkel je... eww! haha


senyum dan bergembiralah selagi mampu, kerna senyuman kita akan membuat yang lain tersenyum jua! waddup brahh!!


permulaan?


Alkisah bermulanya penulisan aku di blog ini. arakian bila dsebut-sebut oleh kawan-kawan bahawa insan ini(aku) pandai menceritakan kisah-kisah dan isu semasa dalam intonasi menarik disertai jalan cerita (loyar burok sangat-sangat kohh!) menarik lalu dikhabarkan pada aku ayat ini
"ko ade baca blog aku? ko buat lah satu"


Tersentak lah aku lalu aku terfikir, aku suka membaca kenapa tidak aku pula dibaca? lalu bermula lah isu blog ini. aku takkan tetapkan jalan ceritera blog aku tapi aku rasakan bahawa kebanyakan yang membaca blog ini kemungkinan besar adalah dari golongan jenis sang melayan seperti aku jua. blog ini akan aku cuba selitkan segala emosi sekerap mungkin. Tidak mungkin aku mahu menjadi insan kufur nikmat yang tidak menghargai kurniaan Ilahi yakni segala jenis emosi yang ada.

Yang indahnya tentang blog ini ada pun wujudnya kerana ingin menguar-uarkan apa dirasakan. aku tidak meminati politik namun telah wujud politik di mana saja, lalu persoalannya bukan bagaimana harus kita menghadapi politik, tetapi bagaimana harus kita berpolitik. apapun terpulang.. yang penting aku akhirnya dapat mem-blog saing-saing dengan kawan-kawan aku. terima kasih buat ashraf a.k.a cerap dan dayana omar(datin vogue?) kerna telah mengapi-apikan aku sampai aku tersedak asap lalu buat blog sambil garu ketiak umpama kera uia mengintai 'mouse' si seri.

Senyum dan bergembiralah selagi mampu, kerna senyuman kita akan membuat yang lain tersenyum jua! waddup brahh!!